7 Tips Menjaga Tudung Bawal Agar Tampak Baru
Ramai peminat bawal dekat sini? Bawal boleh tahan lama walaupun fabriknya nipis. Nah, kami kongsikan 7 Tips Menjaga Tudung Bawal Agar Tampak Baru yang boleh dicuba !
1 # Gunakan Pelembut Fabrik

Bila membasuh tudung bawal, pada bilasan terakhir gunakan pelembut fabrik, tak kisahlah nak pilih sama ada Downy, Ava, Daia, mahupun Softlan. Penulis personally, sangat suka menggunakan Ava sebab wangi dan tekstur dia ringan. Ini bukan produk placement ye. Pelembut fabrik fungsi dia menggebukan dan melembutkan fabrik. Agar terasa gebu bila memakai tudung bawal nanti. Pilih sabun basuh kain yang berbentuk cecair kerana ia akan menyerap lembut di dalam fabrik voile yang nipis, elakkan menggunakan sabun cuci kain yang berbentuk serbuk, kerana boleh merosakkan fabrik dan meninggalkan kesan bercapuk.
2 # Sental Tudung Bawal Dengan Lemah Gemalai

Say No kepada berus basuh kain. Penggunaan berus basuh kain akan merosakkan fabrik tudung bawal menyebabkan fabrik berbulu-bulu. Bila dah berbulu-bulu nanti, confirm awak-awak semua pun akan berbulu-bulu. Boleh sental dengan lemah gemalai dan kasih sayang agar tudung bawal tampak baru sentiasa . Elakkan menggunakan kekerasan sama sekali pada tudung bawal awak-awak sekalian.
3 # Cuci Tudung Menggunakan Tangan

Gunakan tangan semasa mencuci kain, elakkan menggunakan mesin basuh. Jauhkan daripada keganasan mesin basuh ! Barulah tudung bawal tampak baru.
4 # Elakkan Terdedah Dengan Cahaya Matahari

Pendedahan kepada cahaya matahari yang terik akan memudarkan warna dan mencepatkan pereputan fabrik sepertimana pudarnya cinta Zainuddin kepada Hayati dalam cerita Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Vs Magdalena. Ouch, suramnya tudung bawal I.
4 # Pilih Suhu Yang Sesuai Semasa Menggosok Tudung

Suhu yang terlampau tinggi boleh menyebabkan tudung bawal terbakar dan memudarkan warna tudung. Biasanya penulis menggunakan suhu di level dua. Sedang elok. Jika terdapat perincian batu Swaroski ataupun sulaman, gosok di bahagian dalam. Nak lagi cantik, lapikkan dengan kain lain semasa menggosok. Barulah maruah tudung bawal awak-awak semua terpelihara dengan jayanya.
5 # Simpan Tudung Di Tempat Yang Betul

Tips seterusnya, gantung tudung bawal di dalam almari, gunakan penyangkut baju, ikatkan hujung tudung di penyangkut baju bagi mengelakkan tudung menjadi berkedut. Hargailah penat lelah awak semua menggosok tudung. Jangan biarkan awak semua diselubungi stress kerana tudung yang telah didudukkan. Seram, lagi-lagi kalau tudung tu tudung sang isteri. Kalau diaorang merajuk boleh je belanja tudung baru dekat sini.
6 # Gunakan Kerongsang Yang Tajam

Hati-hati memilih kerongsang. Kerongsang yang tumpul boleh menyebabkan tudung bawal anda berlubang. Situasi terburuk bila tudung awak semua tercarik-carik kerana tertarik dengan kerongsang. Sekarang pun ada jual pinless kerongsang kan ? Boleh try bagi yang inginkan kelainan. Penulis tak menggemarinya, masih suka kerongsang yang boleh mencucuk tangan.
Itu dia serba sedikit 7 tips menjaga tudung bawal agar sentiasa kelihatan baru. Kalau ada cara yang lain boleh tambah di ruangan komen. Nak tambah lagi pilihan tudung bawal awak-awak semua? Klik je dekat sini.
Comments
Post a Comment