5 TIPS HIJABISTA BERKACA MATA MENGGAYAKAN BAWAL AGAR KELIHATAN RAPI

 

5 Tips Hijabista Berkaca Mata Memperagakan Tudung Bawal Agar Kelihatan Rapi dan Kemas


Rata-rata orang berpendapat bahawa tudung bawal sentiasa menjadi pilihan hati untuk ke mana sahaja walaupun hanya mengenakan aktiviti yang santai.

Ini kerana tudung bawal paling senang, semudah ABC dan tak sampai 5 minit you are already to go ! Yesz

Tetapi ramai wanita di luar sana alami masalah di kala menggayakan tudung bawal dengan kaca mata.

Lebih-lebih lagi apabila kaca mata sangat mempengaruhi keselesan kepada si pemakai terutama sekali untuk hijabista yang suka bertudung bawal.

Kebanyakan mereka takut akan penampilan mereka kelihatan tidak menawan sekaligus mengurangkan keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

Sebenarnya kacamata boleh buat penampilan anda tampak lebih manis, stailo jika Cikpuan dapat menggayakan dengan cara yang betul.


Begitu juga untuk wanita yang sudah lama berkaca mata semestinya mahukan tips untuk memperagakan tudung bawal agar kelihatan rapi dan tidak kembang.

Jom ikuti 5 tips untuk hijabista berkaca mata apabila memperagakan tudung bawal agar kelihatan rapi.

1. Tips Memilih Kaca Mata

Sebelum memilih kaca mata, kenali bentuk wajah awak terlebih dahulu.

Sebaiknya, pilih bingkai kacamata yang bertentangan dengan bentuk wajah.

Contohnya, jika uguys memiliki bentuk bulat, bingkai berbentuk petak lebih sesuai dengan uguys.

Sekiranya uguys berwajah petak, pilih bingkai berbentuk bulat. 

Kalau untuk wajah yang lonjong pula perlu mengenakan bingkai kotak.

Untuk wajah yang bujur, anda paling beruntung kerana semua bentuk bingkai kaca mata boleh dikenakan.

Nanti senang apabila uguys ke Pusat Optometri, Cikpuan sudah pun dapat mengenali bentuk wajah okay.


Tengok adik ini, memiliki wajah yang petak dan memilih kaca mata bingkai bulat. Sangat tepat sekali !

Tapi jangan lupa, uguys harus memakai tudung bawal dulu bila ke Pusat Optometri.

Tips ini untuk memastikan tudung bawal uguys tidak nampak kembang dengan cermin mata yang dipilih.

Tudung pun akan jadi cantik terbentuk.


2. Pemakaian Tudung Yang Betul

Elakkan memakai tudung bawal dengan gaya yang ketat mengikut bentuk wajah.

Gaya ini akan menyebabkan tudung Cikpuan kembang bila mengenakan kaca mata. 

Longgarkan tudung agar dapat diberi laluan pada kaca mata tu.


Tips ni juga boleh menampakan efek kurus pada muka Cikpuan sebenarnya.

Jangan memakai tudung terlalu kedepan. Tarik sahaja hingga ngam2 dengan bentuk muka.

3. Pemilihan Warna Tudung



Jika Cikpuan terlanjur membeli kaca mata berbingkai hitam yang tebal, pakai tudung yang simple dan warna yang tidak terlalu terang.

Kalau tidak, Cikpuan akan kelihatan berlebih-lebihan.

Kacamata dengan frame yang tebal lebih sesuai dengan tudung yang mempunyai satu warna sahaja.

Banyak pilihan warna tudung di As Galleria untuk Cikpuan pilih.


Macam kak As pakai ni, tudung yang mempunyai satu warna memang sesuai untuk bingkai kaca mata yang mewah dan bergaya.

Cikpuan akan kelihatan lebih anggun dan eksklusif !

Bagi wanita yang mengenakan kaca mata jenis biasa yang selalu dipakai, Cikpuan sangat beruntung kerana sesuai dengan apa sahaja warna tudung dan tetap tampil eksklusif.

4. Pemilihan Anak Tudung


Elakkan menggunakan anak tudung yang terlalu tebal dan ketat. 

Ini kerana akan memberi ketidakselesaan kepada kaki kaca mata apabila bersentuhan dengan kulit.

Paling tidak selesa, akan membuat Cikpuan rasa pening, telinga terasa sakit kerana ia menekan bahagian dalam jika inner tudung terlalu ketat. 

Lebih lebih lagi apabila Cikpuan menggunakan motor seharian, akan terasa lagi sakit dan membebankan.


Jika cikpuan mengenakan pin semasa hendak lilit tudung bawal, pastikan guna pin yang tajam bagi memberi keselesaan terhadap kaca mata.

Apatah lagi jika Cikpuan menggayakan tudung bawal yang memerlukan pin di bahagian tepi telinga, pastikan kedudukan pin di atas batang kaca mata.

Hindari menggunakan pin di bahagian tepi kanan dan kiri kerana akan mengganggu keselesaan terhadap Cikpuan sehingga membuatkan Cikpuan kelihatan tidak rapi.

Kalau Cikpuan mahu kesan yang kemas, seeloknya pin diatas bingkai kaca mata ataupun di bawah bingkai kaca mata di bahagain rahang muka.

Sekian tips dari Our Tudung. Selamat Mencuba !

Comments